Orientari

Aktiviti yang dijalankan :

  •  Membaca kompas
- kenal pasti 4 arah mata angin
- kenal pasti jenis jenis kompas
- mengetahui bacaan sudut kompas
- menggunakan keaadaan sekililing sebagai 'checkpoint' seperti pokok,tiang dan sebagainya.
- membuat landasan supaya ahli lain dapat menggunakan landasan tersebut

Ikhtiar Hidup

Prinsip Asas Ikhtiar Hidup

Ilmu ikhtiar hidup didalam hutan ini amat luas. Kita tidak boleh belajar ilmu ini dengan hanya membaca buku. Ianya memerlukan latihan amali dan pengalaman yang banyak.

Dalam bab makanan ini kita boleh membahaginya kepada dua. Pertama mencari makanan dan kedua mencari air. Makanan boleh didapati dari tumbuhan, serangga, binatang, siput dan juga dari ikan. Mencari air didalam hutan juga memerlukan kemahiran kerana pencemaran dan boleh membawa penyakit jikan tidak tahu cara yang betul.

Untuk menakap binatang kita juga mesti tahu membuat jerat dan perangkap. Ini juga memerlukan ilmu dan kemahiran. Binatang sekecil-kecil burung dan tupai hinggalah sebesar rusa dan seladng.

Ilmu medan seperti pergerakan dan panduarah dalam hutan, membuat danau atau pondok, senjata, mata pancing, menyalakan api tanpa mancis, membuat tali dari akar dan juga kulit kayu, mengenal tumbuhan untuk ubatan, racun, dan makanan adalah di antara ilmu yang harus di pelajari untuk terus hidup apabila kita terpisah dari termadun manusia.

Berikut adalah perkara asas yang setiap Pengakap harus mengetahui dari segi berikhtiar hidup didalam hutan.



PRINSIP ASAS IKTIAR HIDUP DALAM HUTAN

Adakalanya, seseorang pengakap atau sekumpulan pengakap menghadapi dirinya atau kumpulannya didalam suatu situasi semasa megembara didalam hutan dimana makanan yang dibawa telah kehabisan atau kurang. Adalah sangat penting didalam keadaan sebegini apakah makanan yang terdapat didalam hutan yang boleh di makan.

Situasi yang lebih teruk boleh berlaku dimana seseorang Pengakap atau Kumpulan Pengakap itu sesat latihan semasa membuat latihan mejelajah atau exipedisi dalam hutan.

Dalam keadaan sebegini, seseorang Pengakap yang terlatih harus tahu bagaimana hendak hidup diatas bumi hutan kita dan bagimana hendak bergerak dengan tepat didalam hutan berkenaan. Dia kemungkinan perlu melakukan ini dalam satu jangka masa yang lama dan perlu menunjukan disiplin diri dan inisiatif yang paling tinggi jika dia mahu terus hidup dan keluar dengan selamat dari hutan tersebut.

Apabila kita sesat dalam hutan, factor yang paling penting ialah melawan untuk terus hidup dan kemahuan untuk beriktiar. Tidak ramai dari kita yang tahu apakah kemampuan kita sebenarnya sebab jarang sekali diri kita di letakkan dalam suatu keadaan yang melampaui had maxima kemampuan pisikal dan mental kita. Keperluan pertama untuk ikhtiar hidup adalah dari kemampuan mental. Daya pengerak dalam ikhtiar hidup adalah ketahanan mental ia itu kemahuan untuk terus hidup.

Persiapan mental adalah juga penting. Kita selalu ingat sesuatu malapetaka itu tidak mungkin akan terjadi pada diri kita – kita kata ianya hanya akan terjadi pada orang lain. Cuba Tanya orang yang mendapat kemalangan kereta – adakah pernah mereka terfikir yang ianya akan terjadi pada mereka? Kebanyakkan akan kata ianya akan berlaku pada orang lain dan tidak terfikir yang ianya akan berlaku kepadanya. Kita perlu sedar, keperluan untuk berikhtiar hidup didalam hutan semasa membuat latihan atau semasa pengembaraan mungkin akan berlaku pada diri kita. Oleh itu kita hendaklah SENTIASA BERSEDIA untuk menghadapinya. Anda boleh bersedia untuknya dengan menyedari tentang masaalah mental yang perlu diatasi, dengan memahami undang asas untuk berikhtiar hidup, dan setiasa membawa kit ikhtiar hidup semasa membuat latihan di pedalaman hutan, atau semasa menaiki pesawat terbang atau kapal di laut.

KETAKUTAN

Antara kebanyakkan kepayahan-kepayahan yang anda akan hadapi, perasaan takut adalah halangan yang paling tinggi. Ketakutan kita akan berkurangan apabila keadaan yang mencemaskan itu telah menjadi normal. Ada berbagai cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi perasaan takut ini. Ketakutan yang paling penting adalah seperti berikut:


Takut terhadap perkara-perkara yang tidak di ketahui,
Takut disebabkan ketidak selesaan,
Takut disebabkan kelemahan diri sendiri.

Ketakutan terhadap perkara-perkara yang tidak di ketahui boleh diatasi dengan mudah anda ikuti latihan ikhtiar hidup dengan sepenuhnya dan membiasakan diri didalam hutan.

Ketakutan yang disebabkan oleh tidak selesa juga boleh diatasi dengan cara yang sama. Mempelajari cara-cara membuat perlindungan dan pondok rehat dari bahan-bahan asli akan memastikan anda dapat tidur malam dengan selesa.

Ketakutan disebabkan kelemahan diri sendiri berpunca dari kurangnya keyakinan terhadap pengetahuan kita dan ianya lebih sukar diatasi dari kedua-dua jenis ketakutan diatas. Sebagai seorang Pengakap kita harus mengambil kesempatan untuk mempelajari apa sahaja yang boleh tentang alam sekitar kita terutamanya tentang hutan kita. Kita juga akan mempunyai keyakinan yang tak ternilai tentang diri kita jika kita cergas secara pisikal setiap masa. Adalah objektif kedua Pengakap untuk sentiasa berkaadan cergas dari segi kesihatan dan pisikal setiap masa. Kita juga mesti sentiasa memberitahu diri kita bahawa “ apa orang lain telah lakukan – saya juga boleh”
 

 “Keberanian itu adalah kemampuan melawani ketakutan. Tetapi orang yang tidak takut adalah orang bodoh dan tidak berakal”. Jika kita tidak takut dan berani membabi buta atas semua perkara, pasti kita akan membuat kesilapan. Perasaan ketakutan itu baik sebab ianya memberi ruang untuk kita fikir untuk mengatasinya dengan baik dan selamat.

UNDANG – UNDANG ASAS IKHTIAR HIDUP

Berikut adalah undang-undang asas yang harus di ikuti jika anda hendak memberi peluang kepada diri anda untuk berikhtiar hidup:

Simpan Tenaga anda. Semasa bergerak rehat sepuluh minit setiap sejam perjalanan. Jangan membuat perkara yang memenatkan kecuali anda terpaksa melakukannya.
Elakkan keletihan. Orang kata, Rom tidak di bina dalam sehari. Jangan cuba berjalan sepanjang malam dan siang. Jangan memikul barang yang berat jika boleh dielakkan.
Dapatkan tidur yang cukup. Walaupun jika anda tidak boleh tidur pada mulanya, cuba baring dan rehat, tenangkan diri dan lapangkan fikiran.
Elakkan dari merasa risau. Adalah biasa untuk risau; tetapi ianya tidak mendatangkan apa-apa kebaikan langsong. Kerisauan hanya menolong merendahkan semagatkita sahaja. Fikirkan apakah masaalah anda, cari jalan yang terbaik yang anda mampu lakukan, fikirkan langkah keselamatan yang terbaik dari segala bahaya yang mungkin dihadapi dan hentikan kerisauan. Tumpukan tenaga anda kepada perkara-perkara lain.
Berhenti awal disiang hari untuk membuat khemah anda. Anda memerlukan masa untuk memilih tapak perkhemahan yang selamat. Ianya juga mengambil masa yang lama untuk memburu atau mencari makanan, maka berilah masa ini untuk anda.

KIT IKHTIAR HIDUP (SURVIVAL KIT) 


Kit ini sangat mudah hendak di buat dan benda-benda yang diperlukan adalah muruh untuk di perolehi. Sesuatu Kit Ikhtiar Hidup hendak lah kecil dan ringgan. Kit ini bukan untuk kegunaan harian tetapi untuk kegunaan kecemasan sahaja. Kit ini harus di ikat terus kepada tali pinggang dan di pakai setiap masa semasa dalam latihan hutan. Bawa dia dimana sahaja anda pergi walau pun anda hendak pergi mandi disungai.

Kit Ikhtiar Hidup ini mengandongi tiga bahagian asas: Bahagian ubatan, bahagian makanan dan bahagian kegunaan am. Saya mencadangkan pengisian setiap Kit Ikhtiar hidup hendaklah mengandungi barang-barang berikut:

Ubat-Ubatan

(i). 1 X Peket Tablet Piriton (Ubat gatal dan kesakitan dari gigitan serangga)

(ii). 1 X peket Tablet Anti Malaria (untuk di makan sebiji seminggu sekali )

(iii). 1 X Peket Codeine (1-2 biji di makan untuk sakit/pening kepala)

(iv). 1 X Peket Ubat Cirit birit

(v). 1 X Tiub krem luka

(vi). Flavin

(vii). 1 X Gulung pembalut luka.

( Masukan ubat-ubatan ini didalam satu beg plastic yang berasingan)


Makanan.

(i). 1 X Peket Holicks talets

(ii) 1 X Peket Gula Gula Glucose.

(iii). Beberapa peket perencah sup atau kuib sup ayam atau daging.


Barangan Kegunaan Am.

(i). 5 meter tali

(ii). 5 ela Tali pancing

(iii). 3 mata kail saiz yang berbeza (di masukan dalam kota mancis yang berisi mancis)

(iv). 1 X pemetik api.

(v). 1 X Batang lilin kecil

(vi). 1 X Kit penapisan air

(vii) 1 X Cermin Kecil

(viii). 1 X pisau kecil yang tajam besarung.

(ix). 1 X compass kecil

(x). 1 X gergaji dawai

(xi) 1 X mata Gergaji Besi yang pendek

(xii). Beberapa beg plastic sederhana tebal yang boleh simpan air/ buat pelampong/ balut luka/ buat bumbung kecil masa hujan jika hendak menyalakan api.


PERHUBUNGAN DENGAN ORANG ASLI


Apabila bertembung denga orang asli, kita haru berhati-hati. Sekiranya anda boleh berh ubung dengan mereka, maka peluang untuk anda terus hidup adalah cerah. Mereka boleh membantu anda dengan makanan, tempat berteduh, ubatan tempatan, petunjuk jalan dan keselamatan. Walaubagaimanapun, anda mesti faham bahawa adapt mereka berbeza dari adat anda. Bagi Orang Asli yang hidup di pendalaman hutan, mereka mempunyai pengetahuan yang sedikit tentang kehidupan di luar hutan. Pantang larang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan mereka.

Berikut adalah perkara-perkara Yang Harus Di Buat dan Yang Tidak Harus dibuat dalam keadaan yan biasa apabila berhubung dengan orang asli. Terdapat 70,000 Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan pantang larang mereka adalah seperti berikut:

Yang Harus Di Buat

(i). Sentiasa membalas hadiah yang di beri.

(ii). Sentiasa becakap dengan cara bersahabat yang baik.

(iii). Sentiasa berhubung dengan Orang Asli melalui Ketua nya (Penghulu/Tok Batin)

(iv). Sentiasa beri upah sebaik saja kerja telah selesai di buat.

(v). Sentiasa minta izin jika hendak mengunakan sampan,rakit, pondok atau apa-apa barang kepunyaan Orang Asli.


Yang Tidak Harus Di Buat

Jangan ketawa atau memperolok – olokkan adat atau tabiat mereka walaupun ianya Nampak macam ganjil.

Jangan mengambil buah-buahan, atau apa-apa tanaman mereka tanpa izin.

Jangan tenong kepada kaum perempuan mereka atau pergi berdekatan tempat mereka mandi.

Jangan masuk dalam rumah mereka tanpa izin mereka terlebih dahulu.

Jangan menolak makanan yang di beri oleh orang Asli melainkan Agama anda tidak benarkannya.

Jangan munkir janji kerana Orang Asli mempunyai ingatan yang kuat dan perjanjian adalah penting.

Jangan menjerit atau hilang kesabaran dengan Orang Asli. Anda tidak akan dapat bantuan dari mereka. Kesemua Orang Asli itu akan meninggalkan anda dan menghilangkan diri.

Jangan sesekali sebut Orang Asli sebagai “Sakai”.

Jangan tanya nama seorang Orang Asli terus kepadanya. Sentiasa melalui pihak ketiga.

Jangan mengubati Orang Asli yang sakit sebelum menanya dia tentang Pantang nya. Jika dia ada patang, minta izin dari Tok Batin/Penghulunya terlebih dahulu.

Jangan mengunakan cermin muka ditepi sungai.

Jangan Buang air atau kencing di tiang rumah.

Jangan sentuh orang asli di kepala mereka.

Jangan sebut-sebut harimau dan gajah semasa berjalan dalam hutan dengan Orang Asli.

Jangan ketawakan rama-rama, cakcibau dan beberapa jenis serangga dan burung kerana orang asli percaya ianya akan akibat berlakunya ribu taufan yang buruk.

Banyak lagi pantang larang dari suku kaum ke suku kaum. Anda hendak lah sentiasa berwaspada dan cari apakah yang boleh dan tidak boleh di lakukan bersama mereka.

TENTANG MAKANAN

Berikhtiar hidup biasanya melibatkan perjalan yang jauh tanpa mempunyai makan yang mencukupi. Biasanya dilam hutan Malaysia terdapat makanan dengan banyak sekali tetapi adalah penting dalam memilihnya. Jika anda hendak berikhtiar hidup, anda harus tidak boleh mengikut selera makan biasa tetapi harus terima sahaja makan dari segalajenis, rupa dan keadaan.

Kebanyakan makanan di dalam hutan agak ganjil dan harus dimakan dengan cara sedikit-sedikit buat beberapa hari yang pertama kerana ketidaksesuaiannya pada perut kita yang mungkin akan mengakibatkan cirit-berit dan muntah-muntah.

Makanan dari Haiwan

Semua makanan dari haiwan seperti burung-bururng dan telur nya, katak, ular, cicak, tikus, anak serangga, belalang, cengkerik, anai-anai dan juga kucing adalah hawain-haiwan yang boleh dimakan. Begitu juga beberapa jenia ikan dan siput air tawar dan masin termasuk ketam, udang galah, udang dan lain yang hidup dia air dan pantai boleh di makan.

Makanan dari Tumbuh-Tumbuhan
Di Hutan Malaysia, setiap 50 ela sekeliling terdapat makanan, ubatan dan racun dari tumbuh-tumbuhan yang hidup liar. Oleh yang demikian kita harus tahu mengenal tumbuh-tumbuhan ini dan sentiasa berhati-hati apabila memakan nya. Satu pentunjuk yang jelas adalah, jika moyet/kera/beruk boleh makan pasti manusia boleh memakannya, tetapi apa yang burung boleh makan tidak semesti manusia boleh makan. Walau bagimana pon untuk membuat permerhatian in agak susah kerana selalunya binatang di hutan akan lari dari bau manusia. Antara makanan dari tumbuhan adalah dari jenis ubi, bawang, daun, bunga, buah dan juga umbut.

Untuk hidup, seorang Pengakap harus tahu apakah tubuhan termasuk buahnya yang boleh di makan dan bagaimana untuk mencarinya. Anda juga perlu tahu bahawa benda yang boleh dimakan tidak semestinya sedap dan mudah di makan.

Ujian untuk memastikan samaada sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan atau tidak.
 

Disini menerangkan satu ujian yang mudah tanpa mengetahu nama atau mengenali jenis tumbuhan samaada ianya boleh di makan atau tidak. Ujian-ujian ini mugkin di rasakan tidak perlu dilakukan atau Nampak macam lucu. Tetapi sesiapa yang tidak mengikut salah satu dari peringkat yang ditetapikan, akan menerima risikonya dan mungkin akan menghadapi masaalah yang besar kemudian.
 

Anda dinasihatkan menghafal peringkat-peringkat ujian ini, dan cubalah mengikut peringkat-peringkat yang akan saya terangkan dibawah ini. Ujian ini adalah ujian biasa untuk tumbuh-tumbuhan. Lakukan ujian berasingan bagi daunnya, ujian berasingan bagi ubi/akarnya, ujian untuk buahnya dan seterusnya.

Ujian Pertama – Cium

Ambil beberapa helai daun tumbuhan berkenaan, sentuh akannya dengan berhati-hati, dan pecah/hancurkannya dengan dua jari. Jika terdapat bau seperti buah badam atau buah peach (dalam bahas Ingeris dipanggil “peachy-almond smell”), ia mennujukkan dengan jelas daun tersebut mengandungi asid prussic yang sangat beracun. Untuk keselamatan adalah lebih baik membuangkannya sahaja kerana masih banyak tu
Mbuhan-tumbuhan yang lain masih ada.

Ujian Kedua – Kesan gatal/terbakar pada kulit

Sekiranya ujian pertama diatas Berjaya, mulalah dengan ujian kedua. Cara menjalankan ujian kedua ini adalah dengan menyapu perlahan-lahan atau gentilkan sedikit air/getah/lendir dari bahan yang hendak di uji di bahagian bawah diantara ketiak dan sikuai. Bagi tumbuhan yang mempunyi sedikit air/kelembaban, hancurkan dan lumatkannya dengan atau tanpa air sehingga ianya memjadi seperti lendir dan berair. Tunggu selama 3-5 minit. Sekiranya terdapat sebarang kemerahan atau alahan atau gatal atau rasa terbakar kepada kulit, adalah wajar tumbuhan itu di elakkan untuk sementara waktu tetapi hendaklah membuat catitan secara mental atau bertulis supaya tumbuhan tersebut boleh di uji semula pada masa akan datang jika perlu atau masa mengizinkan.

Ujian Ketiga – Kesan pada bibir, mulut dan lidah.

Jika tidak terdapat apa-apa keradangan/ gatal atau kemerahan pada kulit semasa ujian kedua diatas, teruskan ujian ketiga. Sekiranya belaku sebarang keradangan di rasai, hentikan terus ujian ini:

Letakkan sedikit bahan yang di uji tadi secara berhati-hati pada bibir. Tunggu 30-60 saat untuk melihat samaada belaku sebarang radangan kulit bibir.

Letakkan sedikit bahan yang di uji secara berhati-hati di antara gusi dan bibir/pipi. Jangan kena pada lidah. Tunggu lagi 30-60 saat lagi.

Letakkan sedikit bahan ujian tadi secara berhati-hati di hujung lidah. Tunggu lagi 30-60 saat lagi. Sekiranya tidak terdapat sebarang keradangan, dengan berhati-hati kulum bahan tadi dan mula kunyah perlahan-lahan tanpa menelannya.

Semasa menguyah, tunggu terhadap keasan-kesan berikut:

(1). Rasa pahit (menujukkan keracunan jenis alkaline)

(2). Rasa keradangan atau bengkak /pedih lidah atau tekak.

(3). Apa-apa tindakan yang tidak selesa yang lain

Anda perlu menilai dengan teliti dalam menentukan perbezaan diantara keradangan dan asid biasa atau rasa kelat. Contohnya getah buah mangga dan buah gajus mempunyai bahan asid yang kuat dan boleh membakarkan kulit tetapi masih boleh di makan. Melalui pengalaman sahaja membolehkan anda dapat membuat keputusan yang baik.


Ujian Keempat – Menelan.

Jika tidak terdapat apa-apa kesan radang atau reaksi yang tidak menyenangkan, ujian seterusnya ialah untuk makan jumlah yang sikit, kemudian tunggu untuk apa-apa reaksi.

Bahagian tubuhan yang hendak di uji seharusnya di rebus dahulu jika anda mempunyai peralatannya. Jika tiada peralatan, anda boleh guna batang buluh untuk rebus. Rebuslah tubuhan tersebut dengan air yang banyak, sehingga ia betul-betul masak. Simpan air rebusan untuk ujian yang berasingan. Dengan cara merebus akan menawarkan segala keracunan yang bahaya. Merebus juga boleh membuat sesuatu tumbuhan boleh dimakan jika ianya tidak boleh di makan secara mentah seperti ubi kayu atau umbut kelapa atau nibong.

Apabilah mana-mana bahagian tumbuhan telah di uji, rebus dan dibuktikan boleh di makan, uji semula cara mentah. Pastinya hasil ujian sebegini akan mendatangkan faedah.

Makan tumbuhan yang telah di rebus itu sesuap sahaja dan jika terpaksa makan mentah makan jumlah yang lebih sedikit sahaja.

Setelah makan sesuap tunggu selama empat jam dan perhatikan kepada kesan-kesan berikut:

Kesan melecur di mulut, lidah dan tekak.

Bersendawa secara berterusan

Pening dan muntah-muntah

Sakit perut dan kesan sakit-sakit badan.

Selepas beberapa jam, samaada terasa sakit memulas di bahagian bawah perut.

Semasa menuggu empat jam, adalah tidak wajar untuk makan atau minum benda-benda lain. Jika terdapat kesan-kesan sakit diatas, minum lah air suam atau panas seberapa banyak yang boleh. Dan cuba muntahkan dengan paksa.

Ujian Kelima – Makan untuk kenyang

Sekiranya tidak terdapat apa-apa reaksi dari ujian keempat, ulangi ujian tersebut dengan menambahkan kuantitinya setiap jangka masa , empat jam sebanyak lima atau enam kali. Jika bahan tumbuhan ini telah lulus ujian ini anda boleh lah memakan tumbuhan ini dengan kuantiti yang lebih.


Kesilapan dalam menguji

Sekiranya anda sakit perut disebabkan kesilapan menguji, cara yang paling mudah untuk melegakan diri adalah dengan cara meminum air suam atau panas dengan banyak dan tahan makan untuk beberapa jam.

Amaran

Perkara-perkara berikut hendaklah di ambil perhatian:

Jangan sekali-kali memendekkan ujian diatas. Ini adalah merbahaya.

Jangan anggap jika burung atau beberapa jenis haiwan boleh makan tumbuhan itu manusia pon boleh.

Belajar peraturan ujian makanan.

Jika was-was, jangan makan.

Ingat, apa monyet makan, anda boleh makan.

Kayak





ANATOMI KAYAK
Sebagaimana fizikal manusia,kayak mempunyai bahagian-bahagian yang penting dalam menentukan prestasinya.Secara amnya, semua kayak mempunyai bahagian-bahagian berikut namun berbeza dari segi saiz, bahan binaan dan bentuknya.Penerangan di bawah akan menerangkan fungsi setiap bahagian yang terdapat pada sesebuah kayak.


 Bow dan Stern ( Haluan dan Buritan )

Bahagian muncung hadapan dan belakang kayak.berbentuk tajam dan bulat. Bow adalah muncung bahagian hadapan manakala Stern adalah muncung bahagian belakang. Kedudukan kedua-dua bahagian ini kadangkala amat mengelirukan. Oleh itu, bahagian ini bnoleh ditentukan dengan meninjau bentuk coaming dan arah tempat duduk sesebuah kayak.Bahagian ini amat mudah rosak jika tidak dikendalikan dengan baik.Fungsi utamanya ialah untuk memotong air dan memecah ombak selain menjadi panduan arah tujuan kayak.


 Hull

Dinding lantai, geladak bahagian bawah kayak.Ia mempunyai bentuk yang berbeza-beza bergantung kepada jenis dan kegunaan sesebuah kayak itu.

Deck ( Geladak Atas )

Dinding bahagian atas kayak di mana terletaknya cockpit.Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung serta memudahkan kemahiran gulingan.Dek hadapan di panggil foredeck manakala dek belakang dipanggil aftdeck.

Toggles


Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat di bahagian hujung bow dan stern.Kegunaannya ialah memudahkan anda mengangkat sesebuah kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ketebing

Cockpit

Ruangan yang terletak ditengah-tengah kayak dan di antara foredeck dan aftdeck. Ia meruapakan kawasan di mana pendayung duduk di dalamnya.Bahagian hadapan dan belakang kayak boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit. Bahagian hadapannya berbentuk lebih kecil berbanding bahgian belakang.

Tempat Duduk ( Seat )

Tempat duduk pendayung yang terletak di dalam cockpit. Ia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tempat duduk standart ( mempunyai saiz yang tetap) , tempat duduk sederhana ( untuk kegunaan rekreasi ) , tempat duduk ketat ( untuk kegunaan aktiviti rodeo dan arus deras ) dan tempat duduk boleh laras.

Coaming

Bahagian tepi yang kecik dan nipis mengelilingi cockpit. Berfungsi untuk menghalang air dari memasuki cockpit dan tempat untuk mengikat spray cover.

Knee Brace

Terdapat di bahagian bawah coaming di bahagian foredeck.Fungsi utamanya ialah untuk menyokong lutut pepedayung dan memberikan cengkaman kaki pedayung lebih kuat terhadap kayaknya. Ia hanya terdapat pada kayak arus deras dan slalom sahaja.

Towline/Deckline

Tali yang diikat dari hujung bow kesisi kiri dan kanan coaming hingga ke bahagian stern. Ia berfungsi sebagai tali untuk menyelamat, menunda, mengikat alatan dan mengikat kayak. Tidak semua kayak memiliki towline.

Keel

Terletak di bahagian bawah geladak bawah kayak Fungsi utamanya ialah untuk membelah arus dan bertindak sebagai kemudi. Ia membolehkan sesebuah kayak itu bergerak lurus dengan cepat. Tidak semua kayak mempunyai keel.

Buoyancy ( Bahan Apungan )

Bahan apungan yang terdapat di dalam kayak. Ia terletak di bawah deck di bahagian bow dan stern. Fungsi utamanya ialah untuk mengapungkan kayak apabila terbalik dan di masuki air. Selain itu, ia juga mengukuhkan dan menyokong bahagian geladak atas dan bawah. Secara amnya, terdapat tiga jenis buoyancy iaitu Beg Udara, Foam dan Polisterin.

Footrest

Terletak di bahagian foredeck dan merupakan tempat meletak kaki pedayung. Ia berfungsi memberikan daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih yang di hasilkan melalui kombinasi pergerakan tangan , bahu, lowerback dan kaki terhadap footrest.

Hatches

Lubang berpenutup yang terdapat di tengah bahagian foredeck dan aftdeck.Fungsinya ialah untuk menyimpan peralatan diri dan perkhemahan. Saiz hatches ini bergantung kepada saiz dan bentuk kayak itu sendiri. Ia hanya terdapat pada kayak laut.

Jenis Ikatan dan Simpulan

 
 
 
SIMPUL BUNGA GETI
  • Digunakan untuk menyambung dua utas taliyang tidak sama besar saiznya.
 
 
SIMPUL TINDIH KASIH
  • Berguna terutama untuk tujuan menyelamat dan menjerut.

 
 
SIMPUL MANUK
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
  • Simpulan yang digunakan tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ataudiangkat ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.
  • Juga digunakan semasa memula dan mematikan ikatan
 



SIMPUL BUKU SILA
Digunakan untuk menyambungkan2 utas tali yang sama besar.
  • Penyambungan tali ini lebih selamatdigunakan dan senang untukdiuraikan balik
  • Digunakan untuk mengikatbungkusan.
 

SIMPULAN ANGKA NOMBOR LAPAN
  • Merupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah dilepaskan.Simpul angka no.8 ini juga merupakan salah satu daripada stopper knots
 
SIMPULAN PENCURI
  • Digunakan untuk aktiviti mendaki@ turun bukit.
 
 

SIMPUL HIMPIT
  • Menyambung dua tali yang sama besar khasnya tali yang panjang 
  • Menyambung dua tali yang licin.
 

Perkhemahan

  • Khemah
Khemah adalah alat perlindungan yang diperbuat daripada kain, kanvas atau lain-lain bahan yang boleh digerakkan. Dalam lain perkataan khemah merupakan satu perkara utama dalam aktiviti berkhemah. Tanpa khemah anda tidak boleh berkhemah. Di bawah ini adalah beberapa jenis khemah yang biasa digunakan untuk berkhemah.
  1.  Khemah ‘A’ tanpa helaian terbang (single walled tent)
  2. Khemah ‘A’ berhelaian (Double walled tent)
  3.  Khemah pengembara (Explorer tent)
  4.  Khemah tiang Satu
  5. Khemah berangka 
  6. Khemah Igloo
  7. Berbagai jenis khemah yang lain mengikut kehendak dan kemampuan anda. 
  •  Perkara-Perkara Yang Perlu Di Ambil Perhatian Sebelum Berkhemah.
a. Perlindungan
Khemah yang anda miliki perlu memberi perlindungan cuaca seperti hujan, panas, angin dan sebagainya. Disamping itu ianya perlu diberi perlindungan dari serangga.

b. Keselesaan
Khemah anda perlu selesa, kerana tempat yang paling utama dalam aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa. Anda juga perlu mempunyai ruang untuk menyimpan barang-barang anda.

c. Kalis Air
Khemah anda mestilah dari yang jenis kalis air. Terdapat beberapa jenis khemah yang tidak kalis air apabila hujan lebat. Anda perlu pastikan bahawa khemah yang dikatakan kalis air itu benar-benar kalis air. Kalau tidak anda akan menanggung risiko berbasah apabila hujan.

d. Tahan Lasak
Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil kesempatan membuatnya dengan bahan ringan tetapi tidak tahan lasak. Ini perkara penting yang perlu anda ambil ingatan. Khemah perlu ringan disamping itu mesti tahan lasak dalam mana ianya tidak mudah koyak apabila digunakan untuk satu jangka masa yang sesuai dan manasabah.

e. Ukuran
Tentukan ukuran khemah yang sesuai sebelum digunakan dan pastikan keselesaan untuk tidur dan menempatkan barang-barang di dalam khemah.


  •  Keselamatan, ada beberapa perkara yang perlu diutamakan untuk dihindari dan dibuat

1. Jangan mendirikan khemah betul-betul di puncak gunung atau bukit, kerana ini akan menyebabkan kita menjadi "point of contact" sekiranya berlaku kilat atau petir, menjadi penampan sekiranya berlaku ribut atau angin yang kuat. Cara yang sesuai hendak dirikan khemah dalam jarak 4 ke 6 meter dari puncak. Lagi jauh lagi baik. Peristiwa dipanah petir pernah berlaku di sebuah gunung di Negeri Pahang satu ketika dahulu.

2. Jangan dirikan khemah di tepi tebing atau bawah tebing yang curam. Kerana tebing-tebing ini berpotensi untuk runtuh bila berlaku hujan atau sebagainya.

3. Jangan berkhemah terlalu hampir dengan tebing sungai. Banjir kilat di kawasan pendalaman akan berlaku tanpa disedari dan dalam beberapa saat saja air akan naik mendadak menghanyutkan khemah bila berlaku hujan di hulu sungai.

4. Hindari dari berkhemah di laluan binatang "Denai" kerana bila-bila masa saja binatang hutan akan melalui denai berkenaan. Yang paling bahaya adalah kumpulan gajah. Dalam sekelip mata saja khemah yang didirikan akan ranap kerana gajah akan berjalan berkumpulan. Jadi Jarakkan dari denai sekurang-kurangnya 4 ke 5 meter.

5. Sekiranya perlu buat unggun api hendaklah dalam jarak 4 meter dari khemah untuk mengelak percikan bunga api dan membakar khemah.

6. Jangan sekali-kali membawa masuk api ke dalam khemah seperti lampu gas atau minyak, dapur gas atau minyak, menghisap rokok dan sebagainya. Benda-benda ini bukan saja penyebab kebakaran tetapi juga sekiranya khemah bertutup rapat, ianya akan menghabiskan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dan meracuni udara di dalam khemah. Ini telah berlaku kematian sebagaimana berlaku di Gunung Korbu, Ulu Kinta satu masa dulu.

7. Hindari berkhemah di padang-padang lalang atau resam kerana lalang atau resam kering mudah terbakar. Begitu juga di tengah-tengah padang lapang kerana kemungkinan disambar petir adalah besar.

8. Dilarang sama sekali mendirikan khemah di bawah pokok yang rimbun, kerana bila hujan atau berlaku ribut, dahan-dahan pokok ini dengan daun yang rimbun dan berat amat berpotensi untuk runtuh dan menimpa khemah.

9. Jangan mendirikan khemah di bawah pokok yang mati. Pokok yang mati memang mereput dan akan patah pada bila-bila masa saja. Kemungkinan besar akan menghempap khemah.

10. Pastikan pintu khemah bertutup (zip) bila meninggalkan khemah untuk mengelak dari sebarang binatang atau serangga berbisa memasuki khemah.

11. Bila mendirikan khemah hendaklah pintu khemah tersebut membelakangkan arah tiupan angin untuk mengelakkan dari angin kuat menerobos ke dalam khemah bila pintu khemah di buka dan berpotensi untuk menerbangkan khemah atau paling tidak merusakan khemah.

12. Apa-apa benda tajam parang pisau dan sebagainaya hendaklah bersarung atau disimpan ditempat yang selamat dari terpijak dan senang untuk diambil bila perlu

13. Hendaklah menanda satu tempat bertemu atau berkumpul kembali yang difikirkan selamat sekiranya berlaku apa-apa kecemasan dan semuanya ahli bertepiaran lari ke pelbagai arah. Dan apabila keadaan sudah pulih tempat yang ditanda tadilah semua akan berkumpul semula

14. Setiap ahli atau anggota hendaklah mempunyai wisel untuk digunakan semasa kecemasan. Setiap keperluan tiupan wisel hendaklah diberikan Kod Nada dan jangan ditiup sesuka hati.

Untuk keselesaan, carilah tapak khemah yang rata dan tidak berbatu. Elak dari tapak yang lecak, berlumpur atau bertunggul.

Untuk mendapat kemudahan asas hendaklah berkhemah dekat dengan punca air dan berhampiran denai atau trek.

Satu pesanan penting : Bawa keluar apa yang dibawa masuk, terutama tin dan bekas plastik. Jangan menebang pokok sekiranya tidak sangat-sangat diperlukan. Buang najis hendaklah di dalam lubang dan ditimbus bukan di dalam sungai



  • Memilih Kawasan

1. Sumber Asas 

Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca air. Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu anda DILARANG berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika hujan dikawasan ini, terutamanya di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat.

2. Bentuk Muka Bumi 

Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan air bertakung / banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur. Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah anda.

Anda juga TIDAK digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang besar ataupun yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari pokok tersebut akan menghempap khemah anda. Anda juga harus memastikan bahawa tapak perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasan begini merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti ular, kala jengking dan lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh mengoyakkan khemah.

Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang, sekurangnya tidak jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit untuk mengelakkan ancaman angin. Anda juga dilarang untuk mendirikan khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah runtuh.

3. Perhubungan 

Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda mudah dikesan dari udara.

4. Sinar Matahari 

Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta perkhemahan kita menjadi lebih seronok.

5. Denai Binatang 

Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai tersebut.

  • Senarai peralatan asas yang perlu anda bawa untuk memastikan perkhemahan anda selamat dan selesa:
a. Khemah yang sesuai.
b. Bag galas
c. Dapur (gas atau minyak – bahan tambahan serta alat gantinya)
d. Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya)
e. Messtin, pinggan, sudu , garpu dan lain-lain.
f. Botol air, kole dan bekas minuman.
g. Pisau dan pembuka tin
h. Lampu picit serta beteri dan lat gantinya.
i. Mancis dan lilin atau bahan penyala api.
j. Kotak pertolongan cemas.
k. Kotak ikhtiar hidup.
l. Tali
m. Ponco atau baju hujan.
n. Parang/kapak kecil.
o. Bekas air tambahan.
p. Selimut atau bag tidur.

Members of group


                                        Nama                  : Nur Hanisah bt Rasyid
                                        Umur                   : 19 tahun
                                        Tarikh lahir        : 31 Oktober 1994
                                        Tempat lahir      : Hospital Besar Alor Setar 
                                        Asal                    : Alor Setar
                                        Hobi                   : Mendengar lagu
                                        Cita-cita             : Pensyarah
                                        Tempat Belajar : UiTM Kedah, Diploma Pengurusan Perniagaan
                                         "Quotes"          : Chaiyokk Chaiyookk Chaiyook !





                                          Nama              : Nursyazwani bt AB Rahman
                                          Umur               : 19 tahun
                                          Tarikh lahir     : 19 Mei 1994
                                          Tempat lahir    : Hospital Sungai Bakap
                                          Asal                 : Pulau Pinang
                                          Hobi                 : Menonton wayang
                                          Cita-cita           : Pendidik
                                          Tempat Belajar : UiTM Kedah, Diploma Pengurusan Perniagaan
                                          "Quotes"         : Be the best among the best 



                                         Nama               : Sukainah Binti Che Hussein
                                         Umur                : 20 tahun
                                         Tarikh lahir      : 13 Jualai 1993
                                         Tempat lahir    : Hospital Besar Alor Setar
                                         Asal                  : Alor Setar
                                         Hobi                 : Menonton cerita kartun
                                         Cita-cita           : Ahli perniagaan yang berjaya
                                         Tempat Belajar : UiTM Kedah, Diploma Pengurusan Perniagaan
                                         "Quotes" : Don't cry because it's over,smile because it happened




                                         Nama             : Siti Amirah Binti Mansor
                                         Umur              : 19 tahun
                                         Tarikh lahir   : 2 Jun 1994
                                         Tempat lahir  : Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang
                                         Asal                : Selangor
                                         Hobi               : Menonton drama korea
                                         Cita-cita         : Business Woman
                                         Tempat Belajar : UiTM Kedah, Diploma Pengurusan Perniagaan
                                          "Quotes"       : The one and only, Allah swt  :)